NORAZMAN Abu Samah dipilih sebagai Timbalan Presiden baharu Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk penggal 2026-2030 pada pemilihan yang berlangsung di Mesyuarat Agung Tahunan PKBM, hari ini.
Norazman mendapat 44 undi sekaligus menewaskan pencabarnya Mohd Saiful Abdul Jalil yang meraih 21 undi.
Jawatan Naib Presiden PKBM pula dimenangi Muhammad Firdaus Dawod, M Rezal Abu Bakar, Firdaus Arshad dan Mohd Zairi Badderul dan Irawan Sudarsono.

Sementara Datuk Amarjit Singh Gill, mengekalkan jawatan itu tanpa bertanding.
Menurut beliau, jawatan lain hanya akan diputuskan dalam tempoh dua minggu lagi.
“Bagi jawatan lain setiausaha, penolong setiausaha, bendahari, dan penolong bendahari, saya akan bincangkan terlebih dahulu bersama jawatankuasa tertinggi baharu.
“Saya tidak mahu membuat keputusan yang terburu-buru dan akan berunding dengan rakan-rakan saya. Saya mahukan pelantikan berdasarkan mereka yang boleh buat kerja bukan pelantikan politik,” kata Amarjit.




