Veledrom Azizulhasni?

VELEDROM Nasional, di Nilai, Negeri Sembilan bakal diberi nama baharu sebagai Veledrom Azizulhasni, sekiranya mendapat persetujuan daripada kerajaan.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill berkata, badan induk sukan berbasikal itu tiada masalah dengan cadangan yang dibentangkan Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan, Khairy Jamaluddin itu, pada Mesyuarat Agung Rahunan PKBM, hari ini.
"Secara peribadi, saya menyokong cadangan ini malah kami (PKBM), sebulat suara bersetuju," kata Amarjit.

Menurut beliau cadangan itu bagaimanapun perlu dibawa kepada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk pertimbangan memandangkan velodrom itu merupakan hak milik kerajaan.

“Walau bagaimanapun, menukar nama bukanlah satu keputusan yang kita sebagai persekutuan boleh buat sendiri kerana banyak proses perlu diperhalusi.

"Menurut Amarjit sekiranya pertukaran nama itu berjaya, beliau memaklumkan Velodrom Azizulhasni Awang di Dungun Terengganu perlu ditukar bagi mengelak sebarang kekeliruan.

Azizulhasni kini dilabel legenda berbasikal negara pernah memenangi dua pingat Sukan Olimpik, malah dua kali muncul juara keirin Siri Piala Dunia Trek UCI tahun ini dengan menewaskan Matherlw Richardson dari Great Britain (siri Perth) dan Harrie Levreysen dari Denmark (siri Nilai).