Bangkok: Sekali Datang, Esok Dah Rindu!

Lampu malam, restoran, kedai cenderamata dan roda gergasi menjadikan Asiatique antara lokasi menarik untuk menghabiskan malam.

Lebih istimewa, naik cruise di Sungai Chao Phraya dan nikmati pemandangan Bangkok dari atas air. Dengan angin malam, lampu kota dan hidangan makan malam, pengalaman ini memang lain daripada yang lain.

Duduk, makan dan nikmati Bangkok dari perspektif berbeza.

BUDAYA, MAKAN dan SHOPPING!

Hari kedua anda boleh mulakan dengan mengunjungi kawasan Wat Arun dan Wat Pho. Seni bina kuil yang penuh perincian memberikan gambaran tentang sejarah dan budaya Thailand yang begitu kuat.

Tengah hari pula, masa untuk memburu makanan Thai! Cuba pad thai, tom yum, boat noodles dan mango sticky rice.

Selepas itu anda boleh teruskan perjalanan ke kawasan Pratunam dan Platinum Fashion Mall untuk mencari pakaian, aksesori, kasut dan pelbagai barangan dengan harga yang menarik.

Untuk malam kedua, luangkan masa meneroka salah satu night market Bangkok.

Di sinilah anda akan menemui suasana Bangkok yang lebih santai dan dekat dengan kehidupan masyarakat tempatan seperti makanan, pakaian, aksesori, cenderamata dan pelbagai barangan menarik.