BERENANG bukan sekadar aktiviti riadah untuk mengisi masa lapang, tapi sebenarnya salah satu senaman paling lengkap untuk tubuh badan.
Daripada kanak-kanak hinggalah orang dewasa, semua boleh menikmati kebaikan berenang tanpa mengira tahap kecergasan.
Tahukah anda, berenang melibatkan hampir semua otot dalam badan? Tangan, kaki, hingga ke otot teras semuanya bekerja serentak. Sebab itu, berenang sangat efektif untuk menguatkan otot, meningkatkan daya tahan tubuh dan membakar kalori
Menariknya, anda boleh bersenam tanpa rasa terlalu penat seperti senaman di darat!.

Baik Untuk Jantung
Berenang juga sangat bagus untuk kesihatan jantung. Apabila kita bergerak dalam air, kadar denyutan jantung meningkat secara sihat, sekaligus membantu:
- Melancarkan peredaran darah
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Meningkatkan stamina
Tips untuk mula berenang
Bagi sesiapa yang mula berjinak-jinak dengan aktiviti berenang, ini beberapa tips mudah untuk diikuti:
- Mulakan dengan sesi pendek (15–20 minit)
- Gunakan peralatan keselamatan jika perlu
- Pilih kolam yang bersih dan selamat
- Jangan berenang bersendirian

Selain itu, berenang adalah pilihan terbaik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa memberi tekanan berlebihan pada sendi. Air memberikan rintangan semula jadi, menjadikan setiap pergerakan lebih mencabar dan membakar kalori dengan efektif. Dalam masa yang sama, ia melindungi lutut dan tulang belakang daripada hentakan yang biasa berlaku dalam aktiviti seperti berlari.
Dari perspektif mental, berenang juga mempunyai kesan terapi yang menenangkan. Bunyi air, pergerakan ritma, dan pernafasan yang teratur mampu mengurangkan tekanan serta meningkatkan fokus. Aktiviti ini sering dikaitkan dengan pengurangan simptom kebimbangan dan stres, menjadikannya satu bentuk escape yang sihat dari rutin harian yang sibuk.
Namun, untuk menikmati manfaat ini sepenuhnya, aspek keselamatan tidak boleh diabaikan. Pastikan anda berenang di kawasan yang selamat, mematuhi peraturan kolam atau pantai, serta tidak berenang seorang diri jika kurang mahir. Pemanasan badan sebelum masuk ke dalam air juga penting bagi mengelakkan kekejangan otot.
Jadi, apa tunggu lagi? Ambil peluang, cari kolam terdekat, dan mula gaya hidup sihat hari ini!




