"The Little Punch" kisah sayu anak monyet

SEJAK kebelakangan ini, dunia telah dihebohkan dengan cerita viral tentang seekor anak monyet yang telah dibuang oleh ibu kandungnya sendiri selepas dilahirkan. Anak monyet yang bernama Punch telah hidup sendiri saat dilahirkan sehingga kini.

Apa yang menarik perhatian seluruh warga dunia adalah kerana anak monyet ini telah dilabel sebagai "Naruto" kerana saat kehidupannya di uji dengan begitu keras namun anak monyet ini lebih memilih untuk bahagia dan bermain bersama patung orang utan berwarna coklat yang sering dibawanya ke mana sahaja.

Kisah sedih perjalanan hidup Punch si anak monyet ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada semua rakyat yang mengikuti perjalanan kisah anak monyet ini.

https://www.youtube.com/watch?v=4HpPmYGdpVE

Kredit video : Okezone

Rata-rata warga dunia menimbulkan perasaan sayu dan sedih kerana ketika saat anak monyet ini ingin merasai kehangatan sentuhan serta pelukan dari ibunya anak monyet ini telah ditolak bahkan kelompok kawanan monyet yang lain juga turut mengasingkan diri dari bermain dengan anak monyet ini.

Disebabkan hal ini terjadi, atas dasar keprihatinan pekerja zoo telah mengasingkan Punch dari kelompok kawanan monyet dan menjaganya dengan sepenuh hati dengan memberikan susu dan makanan yang secukupnya telah mendapat pujian daripada seluruh warga dunia.

Keadaan Punch yang semakin ceria dan berani membuatkan pekerja di zoo berani untuk melepaskannya semula bersama kelompok kawanan monyet yang lain. Kini Punch dan patung orang utan kesayangannya telah diterima dan hidup bersama kawanan monyet yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *