PADA zaman era media sosial ini, trend 'POV perempuan overthinking' semakin viral dan menjadi fenomena yang relatable kepada ramai wanita, terutamanya generasi muda.
POV atau point of view merujuk kepada perspektif seseorang dalam sesuatu situasi, manakala overthinking bermaksud kecenderungan berfikir secara berlebihan terhadap sesuatu perkara.
Apa yang dimaksudkan POV perempuan overthinking merujuk kepada situasi seorang perempuan memikirkan sesuatu secara mendalam dan berulang-ulang, terutamanya berkaitan hubungan, perasaan, dan penerimaan orang lain terhadap dirinya. Perasaan ini menunjukkan bahawa overthinking sering berkait rapat dengan emosi dan keperluan untuk rasa dihargai, difahami, dan disayangi.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perempuan cenderung untuk overthinking.
Antaranya ialah faktor emosi. Secara semula jadi, perempuan lebih peka terhadap perasaan dan perubahan tingkah laku orang di sekeliling mereka. Kepekaan ini boleh menyebabkan mereka lebih mudah memikirkan sesuatu situasi secara mendalam (deep thinking).
Selain itu, media sosial juga menjadi salah satu faktor utama terjadikan pemikiran seperti ini yang menjadikan seseorang itu boleh melihat pelbagai situasi yang boleh mencetuskan perbandingan, keraguan, dan ketidakpastian, sekali gus meningkatkan kecenderungan untuk overthinking.
Selain itu, pengalaman berdepan dengan kesedihan seperti dikhianati, ditinggalkan, atau dikecewakan boleh menyebabkan seseorang menjadi lebih berhati-hati dan cenderung untuk fikir secara berlebihan bagi mengelakkan kesakitan yang sama berulang.
Overthinking boleh memberi kesan positif dan negatif. Dari segi positif, ianya boleh membantu seseorang menjadi lebih berhati-hati dalam membuat keputusan dan sangat peka terhadap perasaan orang lain. Ini boleh membantu dalam membina hubungan yang lebih memahami dan empati.

Kredit: Beautynesia
Namun begitu, overthinking yang berlebihan boleh memberi kesan negatif seperti tekanan emosi, kebimbangan, dan keletihan mental. Seseorang mungkin menjadi kurang yakin dengan dirinya sendiri dan sentiasa mempersoalkan nilai dirinya. Dalam jangka panjang, ia boleh menjejaskan kesejahteraan mental dan kebahagiaan seseorang.
Secara keseluruhannya, POV perempuan overthinking merupakan fenomena yang mencerminkan realiti emosi dan pengalaman sebenar ramai wanita. Walaupun overthinking boleh membantu seseorang menjadi lebih peka dan berhati-hati, ia juga boleh memberi kesan negatif jika tidak dikawal.




