PERTEMBUNGAN epik antara Buakaw Banchamek dan Meng Gaofeng dijangka menjadi magnet utama Kejohanan Muay Thai T-Fight AllStars 2026 sekali gus mendorong peminat mendapatkan tiket lebih awal.
Penganjur memberi bayangan awal menerusi Pra T-Fight bahawa kejohanan April ini bakal tampil dengan skala lebih besar dan penuh aksi bertaraf antarabangsa di Stadium Titiwangsa.
Kehadiran Buakaw sebagai ikon Muay Thai dunia terus menyemarakkan keterujaan peminat tempur yang sudah lama menanti aksinya di Malaysia.
Menurut Pengasas T-Fight, Shamsueffendi Mohammad, pertarungan utama menentang Gaofeng dilihat sebagai ujian sengit buat legenda Thailand itu berdasarkan rekod cemerlang lawannya di pentas profesional.

Gaofeng yang memiliki 33 kemenangan daripada 45 pertarungan termasuk sembilan KO hadir dengan reputasi sebagai antara petarung elit China.
Selain aksi utama, kejohanan ini turut menghimpunkan tujuh perlawanan melibatkan atlet dari Malaysia, Thailand, China, Indonesia, Kemboja, Uganda dan Maghribi.
Barisan pertarungan antarabangsa ini membuktikan komitmen penganjur untuk mengangkat Muay Thai ke tahap lebih tinggi di rantau ini.
Pra T-Fight yang dianjurkan sebelum ini turut memberi gambaran jelas mengenai kualiti penganjuran serta kesungguhan dalam menyajikan aksi bertaraf dunia.

Peminat sukan tempur dijangka
membanjiri venue pertandingan dengan kehadiran nama besar serta pertembungan berprofil tinggi.
Sehubungan itu, orang ramai disaran mendapatkan tiket lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan menyaksikan sendiri aksi penuh adrenalin T-Fight AllStars 2026.




