SUKAN tradisi negara, sepak takraw kembali mendapat nafas baharu apabila Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi memperkukuh pembangunan sukan itu.
Daripada jumlah itu, RM2 juta diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, manakala RM1 juta lagi disalurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memastikan kesinambungan ekosistem sepak takraw negara.
Menurut Anwar, peruntukan khas itu bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan, malah memberi keutamaan kepada kebajikan pemain.

“Saya setuju untuk memastikan kebajikan pemain dijaga. Peruntukan ini sebahagiannya untuk meningkatkan kualiti latihan, makan minum, keselesaan serta keperluan asas mereka,” katanya, pada Majlis Perasmian Kompleks Sepak Takraw Malaysia.
Beliau menjelaskan, dana itu turut digunakan untuk menyokong perjalanan persatuan serta memperkukuh fungsi Akademi Sepak Takraw Malaysia sebagai pusat pembangunan utama negara.
“Keduanya untuk menyokong perjalanan persatuan dan ketiganya untuk akademi. Atas sebab itu, saya meluluskan RM2 juta sempena pelancaran akademi,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Mohd Sumali Reduan menyifatkan bantuan berkenaan sebagai pemangkin penting dalam merancang pembangunan jangka panjang sukan itu.
“Ini menunjukkan komitmen tinggi kerajaan untuk melihat sepak takraw terus berkembang dan mencipta kejayaan lebih gemilang pada masa depan,” katanya.
Menurut beliau, dana berkenaan akan dimanfaatkan secara menyeluruh termasuk pembangunan akar umbi, pengurusan kompleks serta penganjuran kejohanan.
Dalam perkembangan sama, Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan menyifatkan bantuan tersebut sebagai pemangkin penting dalam merancang pembangunan jangka panjang sukan itu.

“Alhamdulillah, ini menunjukkan komitmen tinggi kerajaan untuk melihat sepak takraw terus berkembang dan mencipta kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang,” katanya.
Tambah Sumali, dana tersebut akan dimanfaatkan secara menyeluruh termasuk pembangunan akar umbi, pengurusan kompleks serta penganjuran kejohanan sekali gus memastikan ekosistem sepak takraw negara terus kukuh dan kompetitif.




