UJIAN psikometrik yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) digunakan untuk menilai personaliti, nilai, integriti, dan kesesuaian calon dengan perkhidmatan awam dan ia bukan ujian IQ (kecerdasan intelek), atau ujian akademik.
Rata-rata calon yang pernah menjalani ujian ini mengakui bahawa mendapat keputusan ‘lulus’ bukanlah mudah.
Ujian ini bukan sekadar menguji pengetahuan, sebaliknya menilai konsistensi jawapan, sikap dan nilai sebenar calon, termasuk kejujuran dan kemampuan menyesuaikan diri dengan perkhidmatan awam.
Beberapa tips dikongsikan untuk lulus ujian psikometrik ini. Antaranya:
- Faham tujuan ujian. Psikometrik menilai:
- Integriti & amanah
- Disiplin & kepatuhan
- Kerjasama & kerja berpasukan
- Ketahanan tekanan
- Kepimpinan
Jawapan yang terlalu ekstrem atau tidak konsisten boleh memberi gambaran personaliti yang tidak stabil.
2. Konsisten dalam Jawapan. Soalan biasanya berulang dalam bentuk berbeza.
Contoh:
- “Saya suka bekerja dalam kumpulan.”
- “Saya lebih selesa bekerja seorang diri.”
Kalau jawab sangat setuju untuk kedua-duanya, sistem boleh kesan ketidakselarasan.
Jadi jawab dengan prinsip yang sama dari awal sampai akhir.
3. Pilihan jawapan yang seimbang. (Elakkan terlalu ekstrem) Skala biasanya:
- Sangat Tidak Setuju
- Tidak Setuju
- Kurang Setuju
- Setuju
- Sangat Setuju
Jangan terlalu banyak pilih “Sangat Setuju” atau “Sangat Tidak Setuju” kecuali memang benar-benar kuat pada nilai tersebut.
4. Tunjukkan ciri sesuai penjawat awam.
Antara ciri yang biasanya dicari: Bertanggungjawab
- Patuh arahan
- Beretika
- Boleh bekerja dalam kumpulan
- Sabar dan rasional
- Tidak mudah melatah
Contoh soalan:
"Saya akan melangggar arahan jika merasakan arahan itu tidak adil"
Jawapan paling selamat biasanya menunjukkan profesionalisme, bukan pemberontakan emosi.
5. Jawab dengan jujur tetapi strategik.
Ramai gagal sebab:
- Cuba terlalu “perfect”
- Jawapan bercanggah
- Terlalu idealistik
Ingat, mereka nak lihat realistik + matang, bukan superhero.
6. Jangan ambil mudah
Walaupun nampak mudah, ramai calon gagal di peringkat ini sebab:
- Jangan sambil lewa
- Tak baca soalan betul-betul
- Terlalu cepat





