SIAPA yang tidak mahu hidup tanpa tekanan kewangan?
Ianya antara impian ramai generasi muda. Financial freedom bukan cuma tentang kaya, tapi tentang mampu hidup tanpa rasa terikat pada gaji bulanan, sambil ada simpanan dan pelaburan untuk masa depan.
Bila kita bermula awal, semua jadi lebih mudah. Simpan sikit-sikit setiap bulan – ingat, “pay yourself first” – sebelum belanja untuk perkara lain. Bajet pun penting, supaya kita tahu mana keperluan dan mana kehendak, dan tak tersangkut dengan perbelanjaan yang tak penting.
Selain menabung, pelaburan juga penting. Saham, emas, unit amanah, atau pelaburan kecil boleh bantu duit kita berkembang. Apabila bermula awal, faedah kompaun bekerja lebih lama. Langkah lebih power, cuba buat side income, freelance, bisnes online atau apa sahaja yang sesuai. Lebih banyak aliran duit masuk, lebih cepat capai freedom.

Yang paling penting, elakkan buat hutang yang tak perlu seperti kad kredit, pinjaman yang tidak terdesak. Labih baik selesaikan hutang sedia ada dulu.
Ambil maklum juga tentang kewangan ongoing journey. Lagi banyak ilmu, lagi mudah kita buat keputusan bijak.
Akhir sekali, tetapkan matlamat. Sama ada hendak membeli rumah, simpanan untuk travel, atau mencapai pendapatan pasif tertentu. Apabila ada target, lebih mudah hendak fokus dan plan strategi.
Financial freedom bukan overnight. Ia perlukan disiplin, kesabaran dan perancangan. Tapi bermula hari ini, masa depan kita lebih stabil, bebas dan lebih menyeronokkan.




