Toh Ee Wei seronok jumpa Jojo

PERTEMUAN dengan bintang muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar di sebuat acara pertarungan Sabtu lalu, menjadi suntikan motivasi buat Toh Ee Wei untuk mengharungi kempen Masters Malaysia sepanjang minggu ini.

Dia yang bergandingan dengan Chen Tang Jie dalam beregu campuran berkata, bintang muaythai yang terkenal dengan panggilan 'Jojo Ghazali' itu adalah atlet yang luar biasa.

"Kebetulan petang Sabtu saya ada masa jadi saya pergi tengok gamelah (pertarungan), sempat juga saya bersembang dengan dia.

"Dia fight dalam ring dan kami fight dalam court, tapi kedua-duanya berjuang untuk nama negara," kata Ee Wei yang gembira dapat bertemu Jojo.

Menurutnya lagi, meskipun masing-masing giat dalam sukan berbeza, perjalanan dilalui mereka hampir sama: "Saya rasa laluan dJojo dan saya-Tang Jie sama, kami banyak dikritik orang (netizen).

"Orang marah tapi kami tak pedulikan orang marah ke apa dan terus berjuanv."

Ujarnya, biarpun ada kalanya prestasi mereka menjadi bahan kritikan, mereka tetap fokus untuk mencari kesempurnaan sebagai atlet.

"Yang penting ada disiplin, training on time jadi fair untuk kami.

"Saya harap Jojo menang pertarungan One Championhsip seterusnya dan kami juga sama."