SUKAN Malaysia (Sukma) 2026 bakal menjadi medan perang atlet muda terbaik negara dan seterusnya bakal menjadi saksi negeri mana yang akan menguasai Selangor.
Bermula 15 hingga 24 Ogos ini, Selangor menjadi tumpuan apabila 37 jenis sukan dan 474 acara pingat dipertandingkan. Daripada olahraga, renang, badminton, berbasikal, sepak takraw, silat hinggalah e-sukan semuanya bakal menjadi medan perebutan emas.
Dan satu nama pastinya masih menghantui pencabar lain iaitu Sarawak.
Selepas muncul juara keseluruhan pada Sukma 2024, mampukah Sarawak mempertahankan takhta? Atau kali ini Selangor akan menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah untuk merampas kedudukan nombor satu?
Jangan lupa Johor, Terengganu dan kontinjen lain. Dalam Sukma, satu pingat emas boleh mengubah keseluruhan carta. Hari ini negeri anda di tempat kelima, esok mungkin sudah mengejar kedudukan teratas.
Yang paling menarik, Sukma bukan sekadar soal pingat. Inilah pentas untuk kita melihat bintang sukan Malaysia masa depan sebelum mereka melangkah ke Sukan SEA, Asia Games dan mungkin Olimpik.
Jadi, kalau atlet negeri anda bertanding, jangan hanya tengok keputusan di media sosial. Jom sama-sama turun ke venue. Pakai jersi. Bawa bendera. Bagi sorakan yang paling kuat!
Kerana Sukma bukan hanya milik atlet, sebalinya Sukma adalah milik kita semua.
Sarawak mahu kekal raja. Selangor mahu rampas takhta. Johor dan negeri lain mahu mencuri peluang.
Yang pasti di sinilah bakal kita saksikan ikon sukan muda akan lahir untuk menjulang nama Malaysia di masa akan datang!.